Friday, February 20, 2009

PGL : d sweet twine will bind =D


19 Feb 2009, setelah menyaksikan sendiri teater PGL yg sgt diwar-warkan ke~gah~annya, saya mengakui sendiri yg ianya bertaraf antarabangsa..hOooHooo
dari propnya, latar bunyinya, penataan cahayanya, lakonannya....bagi saya (yg tidak mempunyai ilmu seni yg tinggi) adalah sangat baik...dgn "special effects" yg ditampilkan sangat mengujakan.. yg membuatkan saya menganga sambil bertepuk tangan..hehehe

Kredit ingin di berikan kepada Hang Tuah yg walaupun dibesarkan di dalam suasana yg amat berbeza daripada adat dan persekitaran Melayu tetapi beliau dapat menghayati watak dgn baik dan ape yg menarik ialah butir2 patah perkataan yg disebut adalah lebih baik daripada orang Melayu tulen sendiri..SYaBaS!!

Kepada Sultan Melaka, watak yang beliau bawa sungguh bersahaja yang berjaya menyuntik unsur2 humor didalam suatu watak yg secara klisenya adalah watak yg serius. Penghargaan juga diberikan kepada anak Sultan Melaka kerna beliau sangat COMELLL..hehehe

walaupon saya berasa agak mengantuk pada beberape babak Hang Tuah dan Gusti Putri yang sedang "ayat mengayat", dapat saye katakan disini ia adalah sebuah teater yg menarik yg dapat menarik minat para pemuda pemudi untuk berjinak2 dgn aktiviti seni.

Kritikan bagi pihak saya ialah...ada waktu ketika dimana ape yg dilontarkan oleh para pelakon tidak dapat didengar butirannya dengan baik jadi penonton seperti saye ini terpaksa melihat subtitle di dalam bahasa inggeris yang kadang2 membawa "feel" yg lain terhadap apa yg sedang diperkatakan..so, kurang "SYIOK"..hahaha

(ps: XOXO to my theatre lover buddies =D)

"apakah diharapkan hujan tanpa awan"

No comments: